Pages
▼
Wednesday, September 25, 2013
Hari Kantin
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxSehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan lagi acara Sukan Tahunan ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxSehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan lagi acara Sukan Tahunan ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxMonday, September 9, 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2013
elamat menduduki peperiksaan UPSR 2013 kepada
semua calon UPSR SJKC Paya Mengkuang yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu
bermula dari 10 September 2013 hingga 12 September 2013.Semoga beroleh
kejayaan yang cemerlang.'
'Kejayaan
Pasti Milik Anda'
**Pesanan guru: Calon dinasihati memberi fokus
sepenuhnya semasa menjawab soalan
peperiksaan.
Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan Tahun 2013
|
Program Kem Sukan ini merupakan
salah satu aktiviti dalam Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
iaitu mewujudkan kepimpinan dalam pengurusan sukan, mengutamakan elemen
keseronokan dan memberi pendedahan kemahiran asas permainan. Selain itu, ia
bertujuan untuk mempertingkatkan sosialisasi dan menerapkan elemen inovasi dan
kreativiti dalam pengurusan sukan.
Program kem sukan sekolah ini melibatkan 60 orang murid sekolah yang terdiri daripada Tahun 3, 4 dan 5. Semua guru adalah terlibat sebagai jurulatih kem ini. Bagi melaksanakan aktiviti amali, tiga jenis aktiviti telah dipilih iaitu, senamrobik, permainan besbol dan permainan bola jaring. Peserta dan guru telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.
|
Kumpulan yang mendapat markah yang terbanyak dalam setiap
aktiviti telah diberikan hadiah.
Program ini telah berlangsung dengan meriah dan
berjalan dengan lancar. Semua guru telah banyak membantu menjayakan program kem
sukan pada hari tersebut. Cuaca pada hari tersebut juga sangat cerah. Para pelajar serta guru-guru sungguh bersemangat untuk menjayakan program ini.
| Permainan besbol |
Program ini adalah berbentuk kem. Dengan adanya
perlaksanaan program ini, diharapkan dapat memupuk minat pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang
sukan dan permainan luar. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah
bahagi, kejayaan program ini pasti akan dapat memupuk minat pelajar di sekolah.


