Pada 18hb September 2013, pihak
sekolah kami telah menganjurkan Pertandingan Ping
Pong yang ditempatkan disertai oleh murid-murid tahap 2. Acara pertandingan ping pong ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program 1M1S. Matlamat
penyertaan pertandingan ini adalah mencungkil bakat murid-murid yang
berminat dan berpotensi dalam acara ping pong, seterusnya memberi
latihan dan tunjuk ajar kepada mereka agar dapat meningkatkan dan
memantapkan teknik permainan pada diri mereka.
Prestasi dan semangat kesukanan murid-murid amat baik. Diharapkan murid-murid sekolah kami dapat terus berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun depan.