Program Kem Sukan ini merupakan
salah satu aktiviti dalam Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
iaitu mewujudkan kepimpinan dalam pengurusan sukan, mengutamakan elemen
keseronokan dan memberi pendedahan kemahiran asas permainan. Selain itu, ia
bertujuan untuk mempertingkatkan sosialisasi dan menerapkan elemen inovasi dan
kreativiti dalam pengurusan sukan.
Program kem sukan sekolah ini melibatkan 60 orang murid sekolah yang terdiri daripada Tahun 3, 4 dan 5. Semua guru adalah terlibat sebagai jurulatih kem ini. Bagi melaksanakan aktiviti amali, tiga jenis aktiviti telah dipilih iaitu, senamrobik, permainan besbol dan permainan bola jaring. Peserta dan guru telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.
|
Kumpulan yang mendapat markah yang terbanyak dalam setiap
aktiviti telah diberikan hadiah.
Program ini telah berlangsung dengan meriah dan
berjalan dengan lancar. Semua guru telah banyak membantu menjayakan program kem
sukan pada hari tersebut. Cuaca pada hari tersebut juga sangat cerah. Para pelajar serta guru-guru sungguh bersemangat untuk menjayakan program ini.
Permainan besbol |
Program ini adalah berbentuk kem. Dengan adanya
perlaksanaan program ini, diharapkan dapat memupuk minat pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang
sukan dan permainan luar. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah
bahagi, kejayaan program ini pasti akan dapat memupuk minat pelajar di sekolah.
No comments:
Post a Comment