Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala cybercafe tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran.Ia merupakan ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri.Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri,terarah kendiri dan akses sendiri.
Merupakan satu bentuk sokongan kepada warga sekolah untuk mendapat maklumat dan komunikasi
Memberi kemudahan kepada murid supaya dapat belajar bila-bila masa
Memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan dan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat
VISI
Melahirkan insan yang BERINFORMASI
Mencanai minda yang BESTARI

MISI
Melaksanakan pembelajaran kadar kendiri,terarah kendiri dan akses kendiri dengan ,media teknologi terkini secara berkesan.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri,terarah kendiri dengan lebih berkesan.
MATLAMAT
1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan komputer dengan murid