Thursday, July 11, 2013

Sukan Tahunan Ke-28

          4 Julai 2013- Sukan Tahunan Ke-28 SJKC Paya Mengkuang telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 2.00 petang dan diiringi dengan tepukan dan sorakan.
          Acara sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Abdul Rahim Bin Haji Yusof Penghulu Kuala Linggi. Selepas persembahan pasukan pancaragam, acara sukan bermula. Pelbagai acara padang, seperti larian 100m , 200m dan 4X100m telah diadakan. Semua murid dan kanak-kanak tadika turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Guru-guru, bekas pelajar dan penduduk kampung turut mengambil bahagian dalam acara larian 200m dan 400m. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali. Ia telah menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini.
         Secara keseluruhannya, Rumah Hijau telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai Johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Kuning. Tan Sie Yong dari Rumah Kuning dan Chong Kai Xin dari Rumah Merah masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati  Sukan Tahunan ke-28.





Wednesday, July 3, 2013

Sukan Tahunan Kali Ke-28

Selamat Sejahtera,

 SJKC Paya Mengkuang akan mengadakan Sukan Tahunan Kali ke-28 pada ketentuan berikut:



Tarikh: 4 Julai 2013

Masa: 2.00 petang

Tempat: Padang Sekolah


Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan lagi acara Sukan Tahunan ini.

Sekian, terima kasih.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Peringatan kepada ibu bapa: Murid-murid diizinkan balik awal pada pukul 11.00 pagi untuk membuat persediaan. Murid-murid dikehendaki balik semula ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Harap ibu bapa dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.

Latihan Dalam Perkhidmatan 14 JUN 2013




Tuesday, July 2, 2013

Kem Motivasi



Kem Motivasi Bagi Murid Tahun 5 dan 6 telah dianjurkan pada 27 Mei 2013(Isnin) di sekolah. Tujuan kem motivasi ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menjawab soalan UPSR bagi Bahasa Melayu serta memupuk semangat jaya diri murid-murid.


Ceramah teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bermula pada pukul 9.00 pagi. Selepas ceramah tersebut, sampai masa untuk riadah dan permainan. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah dikehendaki untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh cikgu mengikut stesen supaya mereka dapat bermain sambil belajar.

Majlis penyampaian hadiah diadakan sebaik sahaja tamatnya aktiviti permainan. Pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat memotivasikan murid-murid supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan berkeyakinan.






Popular Posts



Click here to get more