Tuesday, July 2, 2013

Kem Motivasi



Kem Motivasi Bagi Murid Tahun 5 dan 6 telah dianjurkan pada 27 Mei 2013(Isnin) di sekolah. Tujuan kem motivasi ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menjawab soalan UPSR bagi Bahasa Melayu serta memupuk semangat jaya diri murid-murid.


Ceramah teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bermula pada pukul 9.00 pagi. Selepas ceramah tersebut, sampai masa untuk riadah dan permainan. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah dikehendaki untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh cikgu mengikut stesen supaya mereka dapat bermain sambil belajar.

Majlis penyampaian hadiah diadakan sebaik sahaja tamatnya aktiviti permainan. Pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat memotivasikan murid-murid supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan berkeyakinan.






Sunday, May 19, 2013

Sambutan Hari Guru Tahun 2013



Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Majlis diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar termasuk persembahan pemenang pertandingan bercerita bahasa cina, pasukan pancaragam sekolah dan diakhiri dengan penyampaian hadiah tajaan PIBG kepada para guru.
 
Ucapan Guru Besar

Ucapan Wakil Pelajar
Persembahan Bercerita


Persembahan Bercerita

Deklamasi Sajak Bahasa Cina

Pengacara Majlis

Persembahan Nyanyian Murid-murid Tahun 3

Persembahan Syarahan

Persembahan Pasukan Pancaragam



Penyampaian Hadiah

Utamakan Keselamatan!

 Latihan Kebakaran








Latihan kebakaran ini telah diadakan pada 26/4/2013, pukul 9.00pagi. Latihan ini bertujuan untuk mencegah dan juga menyusun atur laluan bagi mengelakkan kebakaran di waktu masa kritikal dan latihan ini dilakukan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid. 


Ceramah Cegah Kebakaran







Dalam memberi latihan kepada pelajar berhubung keselamatan serta situasi mengelak daripada berlakunya kejadian kebakaran, pihak sekolah telah menganjurkan Ceramah Pencegahan Kebakaran pada 16/5/2013.

Usaha Tangga Kejayaan!

Pasukan Ping Pong Sekolah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori kumpulan pertandingan ping pong MSSM Peringkat Negeri.



Adik Chong Kai Xin berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan badminton MSSM Peringkat Kawasan Masjid Tanah kategori perseorangan.

 



Maju Ke Depan!


Ceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Cina




Ceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris



Popular Posts



Click here to get more