Monday, September 9, 2013

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan Tahun 2013

Program Kem Sukan  ini merupakan salah satu aktiviti dalam Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip iaitu mewujudkan kepimpinan dalam pengurusan sukan, mengutamakan elemen keseronokan dan memberi pendedahan kemahiran asas permainan. Selain itu, ia bertujuan untuk mempertingkatkan sosialisasi dan menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan.
Program kem sukan sekolah ini melibatkan 60 orang murid sekolah yang terdiri daripada Tahun 3, 4 dan 5. Semua guru adalah terlibat sebagai jurulatih kem ini. Bagi melaksanakan aktiviti amali, tiga jenis aktiviti telah dipilih iaitu, senamrobik, permainan besbol dan permainan bola jaringPeserta dan guru telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. 

Senamrobik


Permainan besbol




Permainan Bola Jaring


Kumpulan yang mendapat markah yang terbanyak dalam setiap aktiviti telah diberikan hadiah.






Program ini telah berlangsung dengan meriah dan berjalan dengan lancar. Semua guru telah banyak membantu menjayakan program kem sukan pada hari tersebut. Cuaca pada hari tersebut juga sangat cerah. Para pelajar serta guru-guru sungguh bersemangat untuk menjayakan program ini.
Permainan besbol

   




Program ini adalah berbentuk kem. Dengan adanya perlaksanaan program ini, diharapkan dapat memupuk minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang sukan dan permainan luar. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kejayaan program ini pasti akan dapat memupuk minat pelajar di sekolah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts



Click here to get more