Thursday, October 3, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Hari Kantin
Selamat Sejahtera,
SJKC Paya Mengkuang akan mengadakan Hari Kantin
pada ketentuan berikut:
Tarikh: 26 September 2013 (Khamis)
Masa: 1.00 petang
Tempat: Tempat Letak Kereta Sekolah
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan
lagi aktiviti ini.
Sekian, terima kasih.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Peringatan kepada ibu bapa: 27 September 2013 adalah hari cuti peristiwa. Harap ibu bapa dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.
Selamat Sejahtera,
SJKC Paya Mengkuang akan mengadakan Sukan Tahunan Kali ke-28 pada ketentuan berikut:
Tarikh: 4 Julai 2013
Masa: 2.00 petang
Tempat: Padang Sekolah
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan
lagi acara Sukan Tahunan ini.
Sekian, terima kasih.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Peringatan kepada ibu bapa: Murid-murid diizinkan balik awal pada pukul 11.00 pagi untuk membuat persediaan. Murid-murid dikehendaki balik semula ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Harap ibu bapa dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.
- See more at: http://pusataksessjkcpayamengkuang.blogspot.com/search?updated-max=2013-07-08T13:26:00%2B08:00&max-results=5#sthash.bvWjqimL.dpufSelamat Sejahtera,
SJKC Paya Mengkuang akan mengadakan Sukan Tahunan Kali ke-28 pada ketentuan berikut:
Tarikh: 4 Julai 2013
Masa: 2.00 petang
Tempat: Padang Sekolah
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan ibu bapa bagi memeriahkan
lagi acara Sukan Tahunan ini.
Sekian, terima kasih.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Peringatan kepada ibu bapa: Murid-murid diizinkan balik awal pada pukul 11.00 pagi untuk membuat persediaan. Murid-murid dikehendaki balik semula ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Harap ibu bapa dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.
- See more at: http://pusataksessjkcpayamengkuang.blogspot.com/search?updated-max=2013-07-08T13:26:00%2B08:00&max-results=5#sthash.bvWjqimL.dpufMonday, September 9, 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2013
elamat menduduki peperiksaan UPSR 2013 kepada
semua calon UPSR SJKC Paya Mengkuang yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu
bermula dari 10 September 2013 hingga 12 September 2013.Semoga beroleh
kejayaan yang cemerlang.'
'Kejayaan
Pasti Milik Anda'
**Pesanan guru: Calon dinasihati memberi fokus
sepenuhnya semasa menjawab soalan
peperiksaan.
Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan Tahun 2013
|
Program Kem Sukan ini merupakan
salah satu aktiviti dalam Pelaksanaan 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
iaitu mewujudkan kepimpinan dalam pengurusan sukan, mengutamakan elemen
keseronokan dan memberi pendedahan kemahiran asas permainan. Selain itu, ia
bertujuan untuk mempertingkatkan sosialisasi dan menerapkan elemen inovasi dan
kreativiti dalam pengurusan sukan.
Program kem sukan sekolah ini melibatkan 60 orang murid sekolah yang terdiri daripada Tahun 3, 4 dan 5. Semua guru adalah terlibat sebagai jurulatih kem ini. Bagi melaksanakan aktiviti amali, tiga jenis aktiviti telah dipilih iaitu, senamrobik, permainan besbol dan permainan bola jaring. Peserta dan guru telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.
|
Kumpulan yang mendapat markah yang terbanyak dalam setiap
aktiviti telah diberikan hadiah.
Program ini telah berlangsung dengan meriah dan
berjalan dengan lancar. Semua guru telah banyak membantu menjayakan program kem
sukan pada hari tersebut. Cuaca pada hari tersebut juga sangat cerah. Para pelajar serta guru-guru sungguh bersemangat untuk menjayakan program ini.
| Permainan besbol |
Program ini adalah berbentuk kem. Dengan adanya
perlaksanaan program ini, diharapkan dapat memupuk minat pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah khususnya dalam bidang
sukan dan permainan luar. Dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah
bahagi, kejayaan program ini pasti akan dapat memupuk minat pelajar di sekolah.
Thursday, July 11, 2013
Sukan Tahunan Ke-28
4 Julai 2013- Sukan Tahunan Ke-28 SJKC Paya Mengkuang telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 2.00 petang dan diiringi dengan tepukan dan sorakan.
Acara sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Abdul Rahim Bin Haji Yusof Penghulu Kuala Linggi. Selepas persembahan pasukan pancaragam, acara sukan bermula. Pelbagai acara padang, seperti larian 100m , 200m dan 4X100m telah diadakan. Semua murid dan kanak-kanak tadika turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Guru-guru, bekas pelajar dan penduduk kampung turut mengambil bahagian dalam acara larian 200m dan 400m. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali. Ia telah menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini.
Secara keseluruhannya, Rumah Hijau telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai Johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Kuning. Tan Sie Yong dari Rumah Kuning dan Chong Kai Xin dari Rumah Merah masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Sukan Tahunan ke-28.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
经过一年的努力,明光华小篮球校队终于迈进一步,男女队 双双从季军迈向亚军,坐亚望冠。 2014马日丹那区篮球学联赛赛果: 男队 冠军:马日当那小学 亚军:明光小学 女队 冠军:育新小学 亚军:明光小学 今年明光小学摘下双亚军,可喜可贺,球员们...
-
Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pasukan Bola Keranjang lelaki dan perempuan yang telah berjaya mendapat tempat ketiga ...



